African Grey Parrot adalah salah satu burung peliharaan yang paling popular
disebabkan oleh kebolehan ia untuk mengajuk percakapan. Burung yang menakjubkan
ini bukan sahaja cantik dan menarik, malahan ia juga senang untuk berinteraksi
dan mempunyai sifat ingin tahu. Personaliti dan sifat ingin tahu burung ini
akan menakjubkan dan mengembirakan pemiliknya.African Grey Parrot tergolong di dalam kategori haiwan
yang sangat bijak, menjadikan mereka haiwan peliharaan yang terbaik bagi
penggemar burung parrot.
African Grey Parrot dibeli sebagai burung peliharaan kerana penampilannya yang
menarik dan keupayaan untuk bercakap. Selain daripada bercakap, ia juga sangat
mudah untuk mengajuk bunyi-bunyi yang terdapat pada persekitaran. Ia boleh
mengajuk suara orang, bunyi burung-burung yang lain, bunyi deringan telefon dan
banyak lagi. Walaupun mereka pandai bercakap dan mengajuk, African
Grey Parrot bukanlah
jenis burung yang suka menjerit bising dengan kuat seperti keluarga parrot yang
lain. Dengan segala kelebihan yang ada pada African Grey Parrot menjadikan ia sangat popular,
tetapi membela burung ini memerlukan komitmen yang sangat tinggi. African
Grey Parrot yang
sangat bijak ini akan cepat bosan jika tidak disediakan dengan stimulasi yang
banyak. Ia memerlukan interaksi yang berterusan dengan pemilik selain alat-alat
permainan yang pelbagai.
Walaupun African Grey Parrot suka dipegang ia masih
memerlukan pengawasan semasa berinteraksi dengan manusia kerana naluri
semulajadi sebagai haiwan liar masih wujud. Ia boleh digambarkan seperti
kecerdikan yang sama seperti kanak-kanak berumur 5 tahun, tetapi emosi seperti
kanak-kanak berumur 2 tahun.
Asal African Grey Parrot
African Grey Parrots (Psittacus erithacus), bersaiz sederhana
ini boleh dijumpai di dalam hutan hujan di Barat dan Tengah benua Afrika.
African Grey Parrots mencapai kematangan ketika
berumur 4 atau 5 tahun dan mempunyai jangka hayat lebih daripada 50 tahun di
dalam kurungan.
Sejarah African Grey Parrots
Menyimpan African
Grey Parrots sebagai
haiwan peliharaan telah direkodkan seawal tahun 1800an di mana Dr. W.T. Greene
di dalam beberapa siri bukunya termasuk siri yang bertajuk “The Grey and How to
Treat it”, 1885. Pada awalnya, African Grey Parrots sering dipanggil dengan nama
“Jaco” berkaitan dengan bunyi aslinya yang digunakan oleh pelayar-pelayar
Portugis di dalam pelayaran mereka di laut.
Terdapat
beberapa petikan sastera dan contoh lain penyimpanan African
Grey Parrots sebagai
haiwan peliharaan.Golongan bangsawan eropah menghargai haiwan ini kerana
kecantikannya dan keupayaan untuk bercakap. Pada awal tahun 1500an, dikatakan
Raja England, King Henry VII mempunyai burung African Grey Parrots yang di simpan di Hampton
Court. Manuskrip terkenal oleh naturalis Jerman, Johann Matthäus Bechstein,
karya klasiknya mengenai burung sangkar yang ditulis pada tahun1774,
menggambarkan African Grey Parrotsyang
dimiliki oleh Kardinal Ascanius.
Jenis-jenis African Grey Parrots
Terdapat
hanya tiga burung berbeza dalam genus Psittacus erithacus ini, dengan dua yang paling popular
dikenali sebagai Congo African Grey Parrot dan Timneh African Grey.
Sama ada ya atau tidak ketiga-tiga jenis burung ini daripada spesies yang
berbeza, subspesies atau hanya varian spesies utama erithacus Psittacus, lainnya
masih lagi didebatkan.